Tuesday, January 16, 2018

BAB 2 - MENDERITA TERKENA ILMU SIHIR


Gambar Hiasan

Salam...pembaca budiman

Agak-agaknya ada ke yang menunggu sambungan Mak Limah? Sorrylah Mak Limah pelupa nak sambung cite pasal mimpi lepas....malam ni baru ada mood sebab tiba-tiba aje datang idea mencurah-curah. Haaa....nak sambung cite kisah mimpi-mimpi yang lepas masih ingat lagikan? Biasalah dalam mimpi kita tu kadang-kala kita ingat samar-samar aja apa yang kita mimpi, kadang-kala tu bila dah bangun terus hilang...dah tak ingat dah.

Oklah nak cite balik mimpi yang Mak Limah mimpikan tu...tapi ingat-ingat lupa. Tetapi...yang paling Mak Limah ingat ada orang tu tnjukkan kat Mak Limah satu kotak pisau lama macam pisau antik gitu. Pisau tu memang nampak tajam dan bentuk pisau lama dan orang tu senyum kat Mak Limah...lepas tu...dah terjaga tak ingat dah...tapi tempat tu macam kat kampung pendalaman gitu.

Gambar Hiasan

Dah habis cite pasal mimpi tukan? Ni nak cite Mak Limah pergi mengurut 2 orang pelanggan, bab mimpi tu langsung tak amik pot dan tak sibuk tanya kat Kak Long apa maknanya, yelah manalah kita tau ada sesuatu yang akan terjadi kat kita. Mula-mula tu Mak Limah urut orang bersalin, budak Melayu, lepas tu urut pula orang India...Mak Limah dah kenal dia sebab sebelum tu dia susah dapat anak, jumpa Mak Limah nak urut...lepas tu alhamdulillah dia mengandung dan dapat anak sorang. Oklah...dah habis urut 3 hari...nak jadi cerita lepas urut tu Mak Limah tiba-tiba sakit pula...sakit satu badan, bukan sakit-sakit biasa tau...tapi sakit teruk yang tak boleh nak cerita macam mana sakitnya hanya Allah saja yang tahu...

Nak tau apa terjadi kat Mak Limah?
Haaa...tunggu next...sambung....
Dah Malam Sejuk ni....


Thursday, November 9, 2017

MENDERITA TERKENA ILMU SIHIR



Salam dari Mak Limah,

Lama rasanya Mak Limah tidak menulis di ruangan ini....bukannya apa-apa Mak Limah sebenarnya sudah terlupa emel entri ini...almaklumlah Mak Limah dah tua....! Tapi...tiba-tiba Allah telah gerakkan hati Mak Limah untuk terus menulis dan Allah swt memberi petunjuk cara yang mudah untuk menyelesaikan masalah yang Mak Limah hadapi. Dan....malam ni jam 12.30 malam idea terus meerus mencurah untuk Mak Limah terus menulis. Dan hati ini mula ingin menulis di entri seram ini bila tibanya Filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH 2 muncul kembali.  Kalau nak tahu Blog Seram ini pun wujud dari idea Filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH tahun 2010 (Box Office) arahan Mamat Khalid....tapi sayang Mamat Khalid taknak panggil Mak Limah berlakon sekali...heeee....perasan jer...cuma Mak Limah ada jadi pelakon extra jer....tak percaya....?Hmmm....kalau tak percaya nanti Mak Limah bakor....... !!



Oklah...Mak Limah nak cerita pasal kes sihir mensihir ni....ini bukan cerita kosong-kosong tau.....ini cite benar, kalau nak tau entri dalam Blog Mak Limah ini kebanyakannya cerita benar dari pengalaman Mak Limah sendiri dan Mak Limah sebenarnya dah pun ada Novel Hantu tapi dah hilang...penerbit Buku Mak Limah pun dah menghilang...sayang betul sebab Mak Limah ni memang jenis yang baik hati suka bagi orang pinjam apa saja tapi banyak yang terus pinjam buat harta sendiri....nasib baik cik suami dia tak nak pinjam....haaaa....!!

MIMPI

Mimpi ....orang kata mimpi adalah mainan tidur..?betul ke ...? Kadang-kala kita tidak sedar dari mimpi Allah hendak sampai sesuatu petunjuk kepada kita jadi kadang-kala kita kena fikir juga...kadang-kadang mimpi merapu pun ada...haaaa...lagi best kalau mimpi jumpa duit kertas bersepah-sepah depan mata kita...jumpa duit syiling bertarabur....tapi kalau nak tau mimpi jumpa duit syiling maknanya berputih mata....rugilah gamaknya...! Tapi....kalau mimpi air bah (banjir)...macam banjir kat Pulau Pinang tu maknanya dapat rezeki yang kita tak tau...haaaa....! Lagi satu Mak Limah dulu selalu mimpi pergi masuk rumah orang...rumah orangt kaya-kaya pulak tu...rupa-rupanya Mak Limah dapat rezeki mengurut orang....!!

Hmmm.....nak cerita apa dah jadi pada Mak Limah kan? Nanti cerita tentang mimpi Mak Limah tu...barulah boleh terus cerita apa yang dah jadi pada Mak Limah....very sad tau.....

TUNGGU SAMBUNG ESOK MALAM

Nak....zzzzzzz